Bismillahirrahmanirrahim...in the name
of Allah the Most Merciful the Most Gracious
assalamualaikum wbt
“eh kau la jadi mak. Aku jadi bapak
okay?”
“takmaulah..gigi kau rongak! Suami
aku kena hensom macam Ashraf Muslim”
“hek eleh..kau ingat gigi kau lawa
sangat?gigi pun 3 btg takdak! Muka macam tempeyek basi!”
“dah2. Aku tak mau kawan dengan
kau.pergi jauh..syuh..syuh..aku bagi tau ayah aku kau kata aku macam
tempeyek basi! Bluekkkk.”
ingat lagi waktu kecik..main
masak2..lalang jadi sayur kangkung,kayu jadi lauk ayam,pasir jadi
nasik..paling hebat,bina rumah atas pokok ciku pakai kain pelekat
ayah! Tak pasai2 kena ikat kat pokok dgn ayah sebab tak bhenti main
dari tgh hari sampai maghrib..padan muka![jelir lidah]:p
melampau betul.! Sekarang nie bila
jumpa dgn jiran2 lama seangkatan waktu kecik dulu tunduk je
especially yg blakon jadi anak bapak nih..
“eh,hidup lagi kau rupanya.
Amboih,bukan main alim lagi nohh..update status kat pesbuk kat
twitter lagi..insaf aku hehe”
“hek eleh..mana ada.kau tu dah jadi
syeikh noh.yolah budak pondok kannnn..(cover malu sebenarnya)
“blah la..mana ada.kau pun dulu lagi
pandai dari aku. Kaki buli. Tak padan dgn prempuan,mngalahkan budak
laki!hahaha *gelak jahat
“woihhh..mana ada..melampau noh ayat
kau..eh,gigi rongak kau ada lagiiiii??
masih seperti dulu kami bergurau. Tak
kira batas laki pompuan dah. Tak jaga percakapan dah..8 tahun tak
jumpa tuhh..orang kata: tali persahabatan yang ikhlas takkan putus.
Kau jahat,kau nakal,kau baik tetap sahabat aku.
Bila kita sahabat secara ikhlas,orang
nak buat tahi kat kita pun tak berkesan..sebab apa? Sebab Allah dah
lindungi..Allah tahu kita bersahabat dengan hati yang ikhlas. Islam
tak ajar umatnya mencari musuh,tapi mengajar mengeratkan hubungan.
Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa
yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman
kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri
sendiri”.
Hubungan macam mana?melalui apa?
Melalui persahabatan,melalui ikatan kekeluargaan.
“eh,besar nanti kau jadi lawyer aku
eh?aku lantik kau!”
“lawyer ape?”
“lawyer buruk!”
“kau ingat lawak la?
“besar nanti aku nak jadi tentera
Imam Mahdi..nak jaga agama,nak perjuangkan syiar Islam..nak masuk
syurga,biar mati syahid”
“kau nie banyak angan2 la dari kecik
tak ubah2”
“btullah..kau mesti jadi mujahidah
tau. Bkorban demi agama”
berkorban?macam mana nak berkorban?kau
pun dah takde..sapa nak bagi semangat weh??
*tu dulu angan2 kau.kau dah pergi
mnghadap Illahi.kawan yang aku panggil rongak dah sahut panggilan
Illahi..menemui apa yang kau nak selama nie kan??
mungkin ada yang bertanya..:”kenapa
bespreng kau lelaki?kawan perempuan dah tak wujud ke?”
“dia sahabat aku.di mana persahabatan
bermula disitu berakhirnya bila kematian mengiringi okayy?
Disini aku ambil titik perjuangan dia.
Cita2 menjadi mujahidah,perjuang agama Allah..Allahuakbar!
#alfatihah buat beliau
Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun matinya.Doakanlah
kesejahteraan dan kejayaan saudara2 sebagaimana kita mendoakan untuk
diri kita sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu
mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka
berkatalah malaikat:Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu”
H.R Muslim.
H.R Muslim.
salam sahabat::
::sweeper masjid::