Tuesday 26 February 2013

zaman kanak2 pembawa satu rahmat :"

Bismillahirrahmanirrahim...in the name of Allah the Most Merciful the Most Gracious

assalamualaikum wbt








“eh kau la jadi mak. Aku jadi bapak okay?”
“takmaulah..gigi kau rongak! Suami aku kena hensom macam Ashraf Muslim”
“hek eleh..kau ingat gigi kau lawa sangat?gigi pun 3 btg takdak! Muka macam tempeyek basi!”
“dah2. Aku tak mau kawan dengan kau.pergi jauh..syuh..syuh..aku bagi tau ayah aku kau kata aku macam tempeyek basi! Bluekkkk.”

ingat lagi waktu kecik..main masak2..lalang jadi sayur kangkung,kayu jadi lauk ayam,pasir jadi nasik..paling hebat,bina rumah atas pokok ciku pakai kain pelekat ayah! Tak pasai2 kena ikat kat pokok dgn ayah sebab tak bhenti main dari tgh hari sampai maghrib..padan muka![jelir lidah]:p
melampau betul.! Sekarang nie bila jumpa dgn jiran2 lama seangkatan waktu kecik dulu tunduk je especially yg blakon jadi anak bapak nih..


“eh,hidup lagi kau rupanya. Amboih,bukan main alim lagi nohh..update status kat pesbuk kat twitter lagi..insaf aku hehe”
“hek eleh..mana ada.kau tu dah jadi syeikh noh.yolah budak pondok kannnn..(cover malu sebenarnya)
“blah la..mana ada.kau pun dulu lagi pandai dari aku. Kaki buli. Tak padan dgn prempuan,mngalahkan budak laki!hahaha *gelak jahat
“woihhh..mana ada..melampau noh ayat kau..eh,gigi rongak kau ada lagiiiii??

masih seperti dulu kami bergurau. Tak kira batas laki pompuan dah. Tak jaga percakapan dah..8 tahun tak jumpa tuhh..orang kata: tali persahabatan yang ikhlas takkan putus. Kau jahat,kau nakal,kau baik tetap sahabat aku.

Bila kita sahabat secara ikhlas,orang nak buat tahi kat kita pun tak berkesan..sebab apa? Sebab Allah dah lindungi..Allah tahu kita bersahabat dengan hati yang ikhlas. Islam tak ajar umatnya mencari musuh,tapi mengajar mengeratkan hubungan.


 Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.

Hubungan macam mana?melalui apa? Melalui persahabatan,melalui ikatan kekeluargaan.






“eh,besar nanti kau jadi lawyer aku eh?aku lantik kau!”
“lawyer ape?”
“lawyer buruk!”
“kau ingat lawak la?
“besar nanti aku nak jadi tentera Imam Mahdi..nak jaga agama,nak perjuangkan syiar Islam..nak masuk syurga,biar mati syahid”
“kau nie banyak angan2 la dari kecik tak ubah2”
“btullah..kau mesti jadi mujahidah tau. Bkorban demi agama”

berkorban?macam mana nak berkorban?kau pun dah takde..sapa nak bagi semangat weh??


*tu dulu angan2 kau.kau dah pergi mnghadap Illahi.kawan yang aku panggil rongak dah sahut panggilan Illahi..menemui apa yang kau nak selama nie kan??

mungkin ada yang bertanya..:”kenapa bespreng kau lelaki?kawan perempuan dah tak wujud ke?”

“dia sahabat aku.di mana persahabatan bermula disitu berakhirnya bila kematian mengiringi okayy?

Disini aku ambil titik perjuangan dia. Cita2 menjadi mujahidah,perjuang agama Allah..Allahuakbar!

#alfatihah buat beliau

Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun matinya.Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara2 sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat:Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu”
H.R Muslim.

salam sahabat:: 
::sweeper masjid::







No comments:

Post a Comment