Tuesday 16 April 2013

aku terima nikahnya: secupak beras sebutir nasi

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..


secupak beras sebutir nasi apekah? apa lagi yang harus saya merepekkan di tengah malam tampa idea menjelir-jelir tatkala jari telunjuk sedang menanggung kifarah dosa yang tidak terhingga. sakit yang tak tertanggung makan pun terpaksa pakai sudu agar sandaran gelaran "bajet macam anak orang kaya" kemilikan saya. bila dah menanggung kifarah dosa nih mula nak merapu meraban tanpa nak memasukkan point2 yang bermanfaat ingin saya mengadu domba kesakitan yang sedikit ini. baru kena sikit mengadu. gedik terserlah..  

"hey budak.stop bercerita menda yang tak berfaedah bagai itu. kegedikan mula menjamah dimata kami bila kau taip benda meraban yang tak de kena mengena dalam hidup kami!"

"eh, biarlah ini blog aku punya. kau tak suka sila kepergian dari sini."
ehh??

tak de point lagi. mari start ceghita tetang entri kali ini. secupak beras sebutir nasi. apa itu? sebenarnya apa yang berlegar-legar dalam kepala hotak saya sekarang adalah pasal kemiskinan hidup. hamboih, bila sebut "aku terima nikahnya" si abang hensem galak memikirkan pasal kawen si kakak cantik gedik memikirkan siapa calon suami kaya atau suami miskin yang bakal tinggal serumah. menyampah!

1)MISKIN HARTA

miskin miskin miskin dan miskin. tak tahulah. pemalasnya buat kerja tahu nak menadoh tangan mintak sedekah di tepi jalan. ada kalanya yang meminta2 itu tidak harus dibuat tengah keramaian manusia seolah kita nih terlalu daif sampai tak buleh buat kerja. mintalah, merayulah pada Allah. usaha baru dapat hidup senang! ini tak, tahu menadah tangan buat muka duckface lepas tu orang pun baling la beberapa posen dalam mangkuk.! bukan saya hendak menyalahkan golongan ini adakalanya terpaksa berkata sebegitu. bila saya lalu je tepi jalan tengah bandar nampak banyak olang menunggu meminta sedekah padahal sifat fizikalya sempurna tiada terencat otak dan akal. permainan apakan itu? kau kerjalah pencacai najis ke, pencuci longkang ke, cleaner, tukang kutip sampah tetap halal kerjanya. keterlaluan penulisan saya kali ini. ampun maaf  dipinta. 


pembaca sekalian, hakikatnya, masih ramai anak-anak remaja di luar sana dibesarkan dalam serba serbi kemiskinan. Baik kemiskinan di kampung, mahupun kemiskinan di bandar. Dan hakikatnya, pada rezeki yang ada dalam akaun bank kita, ada hak untuk mereka. Cumanya kita tidak teruja sangat untuk mendekati mereka dan memberi sesuatu kepada mereka agar dengan sedikit pemberian itu dapat meringankan beban mereka. Dan yang terpenting dengan sedikit pemberian dari kita itu, akan dikembalikan semula oleh Allah Yang Maha Memberi kebaikan kepada kita di dunia dan akhirat.
 

Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata: “Dinamakannya sedekah, kerana dengan sedekah menunjukkan kejujuran orang yang memberinya. Harta itu disenangi oleh jiwa, apabila engkau menyedekahkan apa yang engkau senangi, maka hal itu sebagai dalil bahawa engkau jujur dan tulus dalam melakukannya.” (Syarah Riyadhus Sholihin, 3/161, oleh Ibnu Utsaimin rahimahullah)


“Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu, sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa’at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.” (al-Baqarah: 254)



ada suatu kisahnya dari seorang guru..

"Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannyatetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.


 






2)MISKIN IBADAH

iman adalah mutiara..ingat lagi nasyid nie mengimbau membangga di tadika yang dibarisi budak2 nasyid goyang tangan kekiri goyang tangan kekanan..ewhhh!

tatkala orang mewah kini mengejar dan terus mengejar kasih dunia harta dunia akhirat dilupakan. 1 HARTA !DUNIA DIKEJAR AKHIRAT DIBIAR! biarlah entri saya kali ini menyakitkan hati semua asalkan yang nak disampaikan itu berkobar2 di jiwa raga yang sedang sakit memerlukan iman menunggu balasan di syurga. layakkah saya? mudah-mudahan.. ameen :)

di telan mati emak diluah mati bapak peribahasa yang merapu meraban moga membuka idea saya untuk berceloteh panjang. bukak paper bukak tibi bukak internet nampak orang hidup mewah berjaya hidup rumah bangglo 10 tingkat mencuit perasaan saya "eh,acane hidup depa haa??"

"saya berjaya adalah hasil usaha saya. saya kerja siang malam untuk anakbini. saya nak mereka merasakan apa yang saya usahakan selama ini atas dasar kasih sayang buat mereka. saya tak solat pun tapi saya mampu  berjaya mendirikan syarikat terbesar" wahhhh hebatnyaaaa...tapi kasih sayang Allah macam mana? ibadah mereka pada Allah? miskin ibadah kaya harta. bagaimana? boleh kalian terangkan?

Tidak dapat dinafikan bahawa kemiskinan merupakan penyakit yang amat berbahaya bagi keselamatan dan keutuhan akidah, terutama jika si miskin hidup di lingkungan orang-orang kaya yang sama sekali tidak peduli dengan nasib mereka.

Terlebih jika si miskin termasuk orang yang sudah mati-matian bekerja keras (tetapi nasibnya juga tidak berubah), sementara si kaya nampaknya hanya duduk-duduk saja.

Dalam keadaan itu, si miskin cenderung menawarkan semacam keragu-raguan untuk mempersoalkan kebijaksanaan dan keadilan Allah SWT dalam mengedarkan harta kepada umat manusia.

Pendapat itu tidak berbeza dengan sebuah syair:

Banyak orang pandai yang dilelahkan oleh pendapat-pendapatnya.

Tetapi banyak orang bodoh yang ternyata banyak mendapat rezeki.

Inilah yang menyebabkan hati menjadi bingung.

Dan orang yang pintar menjadi zindik

Menurut ulama besar dari Mesir, Prof Dr Yusuf Qaradhawi (2002), cerun akidah berpunca dari masalah kemiskinan dan 'ketidakdilan pengedaran'. Al-Mishry (seorang sufi) mengatakan, "Paling kafirnya (ingkar) manusia adalah orang miskin yang tidak sabar". 


  


benarlah kata hati miskin kita bukan kerana harta tapi kerana iman yang tidak rela..

mata saya tak mampu menahan panjang, moga ini benar2 memberi 1001 rahmat buat kita. mudah-mudahan, in shaa Allah..:)



wallahu'alam 

sekian:

::sweeper masjid::

No comments:

Post a Comment