Thursday 25 April 2013

penjual nasi lemak : bukan keuntungan yang aku inginkan , tetapi dapat mengenyangkan perut mereka yang mencaci :')

bismillahirrahmanirrahim .. in the name of Allah The Most Merciful The Most Gracious

assalamualaikum.

seminggu memerah otak merendam di kawah gelekan panas hanya utuk menunggu kawah meletup untuk mengeluarkan idea2 merepek meraban yang ada kalanya tak masuk akal . kali ini saya dengan persis bak seorang puteri semut dongeng menceritakan kembali kepada rakyat jelata agarnya menjadi legenda pewarisan harta rakyat negara . setelah berpanjangan anda membaca ayat di atas maka terserlah bait2 kata memaki dan memarahi saya kerana tiada satu point pun dan ayat dikatakan sudah merapu . nah! inilah hasilnya seminggu lebih ayat yang telah saya pendam akhirnya termuntah jua . okayyy.. full stop .

diceritakan kisah yang benar akan seorang penjual nasi lemak . beliau dengan penuh tatatertib lenggang kangkung mengontrol keayuan berusaha bangun seawal 3 pagi untuk memasak nasi beserta lauk-pauk yang nyata...wah mengecurkan air liurrr...slurrrp! ketabahan dan kesabaran beliau untuk menjual nasi lemaknya beserta lauk-pauknya setelah bersolat suboh seawal 6.00 pagi . setelah bersolat digerakkan anak lelakinya dan si anak perempuan bersama si adek lelaki . si abang di arahnya untuk membantu memasukkan segala isi lauk- pauk bersama nasi lemak ke dalam sebuah bakul besar . tergolek kekiri dan ke kanan si jagoan si abang menggelek malas . namun dipesakkan dalam hatinya si ibu bersusah payahmenaruk makanan , menadah air memasak nasi bagi si keluarganya yang masih tak mahu bersyukur . lantas di bangunnya si abang menghidupkan enjin motor meletakkan bakul yang berisi makanan untuk di hantar ke tempat meniaga . lantas beliau merepek kepada si anak gadisnya membantunya menjual nasi lalu menggerakkan adek lelakinya untuk ke sekolah. terpinga-pinga di hati pembaca di mana suaminya ..ahhh biarkan suaminya! tak mahu saya berceloteh membuang masa menceritakan perihal si suami yang tahu menadah wang kepada si bini . 

setelah beliau  bersama si anak gadis bertekad menjual makanan itu sehingga habis . "bukan ku tunggu keuntungan yang memenuhi anak poketku , tetapi makanan ini yang dibeli oleh si pembeli . aku mengharapkan mereka sudi lagi merasai makanan yang telah aku masak titik peluh untuk aku bangun seawal 3 pagi . "  begitu jahilnya kita. menganggap mereka si peniaga hanya mencari keuntungan semata-mata.

"eh , apa kaitannya dengan penjual nasi lemak dengan kita?"
ohhhh begini sebenonyee








cuba kaitkan diri kita dengan penjual nasi lemak. wah baru nak berkembag idea saya yang bajet dikatakan menggelegak tadi . penjual nasi lemak dikatakan purata mereka diolah dicetak senang cerita keuntungan yang mereka dapat setiap hari . tak semua makanan akan habis dijual dalam masa sehari . kadang2 baru habis dijual .tapi itulah yang diduga Allah SWT akan kesabaran kita . nak ke kita jual lagi makanan itu . haha point nye sebenanya pasal putaran roda hidup kita .



izinkan saya menggelarkan 'aku'...hehe macehhh2..  ;D







 Orang kata 'what goes around, comes around'....mungkin ada benarnya. Kalau hari ini kita menabur budi, satu masa nanti pasti ada orang lain yang akan melakukan perkara yang sama kepada kita, tidak pun kepada anak2 kita, ibu bapa kita atau orang2 yang istimewa dalam hidup kita.

Begitu juga kalau kita pernah menganiayai orang lain....kita lupa bahawa orang yang pernah kita aniayai punya hati dan perasaan, punya kelemahan....mungkin ketika itu kuasa dan ego kita mengatasi sifat belas kasihan sesama insan. Kita anggap kita sahaja yang betul, pandai dan berfikiran ke hadapan. Namun kita lupa, kita juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Kita lupa bahawa doa orang2 yang dizalimi, teraniaya...dimakbulkan Allah. Mungkin balasannya tidak berlaku pada ketika yang sama, tidak menimpa diri kita...ia mungkin berlaku di saat kita sedang bahagia, menikmati kemewahan dan kemahsyuran...mungkin bukan kepada kita...mungkin boleh berlaku kepada suami, anak, saudara mara dan mereka yang istimewa dalam hidup kita. Ini telah kusaksikan pada beberapa kejadian...cuma kita kena memahami dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku, wallahu a'lam...

Dalam persekitaran hari ini dapat aku perhatikan ada beberapa orang yang mempunyai kuasa, menganggap segala tindakannya sahaja betul, orang lain tidak boleh menentang ideanya secara terbuka, tidak boleh melawan... yang paling dia suka ialah orang-orang yang mengiyakan sahaja idea dan arahannya...mungkinkah akan berlaku seumpama itu jika engkau tidak punya kuasa, tidak punya apa-apa...nantikanlah apabila saatnya tiba!

Ketika berlaku sesuatu yang menguji segala keegoan, harapnya dijadikan pengajaran, harapnya difikir-fikirkan sebagai suatu peringatan yang hidup ini bagai sebuah roda...roda yang berputar mengikut hukum alam..ada ketika kita di atas, ada ketika kita di bawah. Tidak ada sesiapa yang ingin menganiayai kita, tidak ada sesiapa yang ingin mendoakan yang buruk2 untuk kita...tapi kitalah yang menciptakan apa yang kadang2 menjadi ujian kepada kita.

Mungkin ujian itulah suatu cara untuk kita muhasabah diri, meminta maaf kepada mereka yg pernah kita aniayai, lukakan hati...mengakui kita manusia yang lemah...yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan...maka kita mencari semula diri yang hakiki untuk tunduk kepada Allah yang maha mengampuni. Namun ada ketika, kita tidak sempat untuk disedarkan...kita masih anggap kita yang paling sempurna. Mungkinkah kita akan sentiasa ketawa? Mungkinkah kita akan sentiasa berkuasa...mungkin Allah memberikan apa jua kuasa dan kemewahan untuk menguji keimanan kita.

Percayalah...suatu hari kelak kita akan hilang semuanya, bila diri dimamah usia, kuasa hilang entah ke mana, harta boleh dilihat dan dihitung tetapi tidak boleh lagi digunakan untuk mengembalikan usia muda, kesihatan dan keegoan semakin terbatas...waktu itu, teman yang paling setia adalah Allah yang menciptakan kita. Kembalilah kepada fitrah sementara ada masa, sesungguhnya Allah menciptakan kita untuk kita tunduk dan taat kepada perintahnya, bukan untuk kita menunjuk-nunjukkan kuasa di saat kita diberi peluang olehNya... 



"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",

"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
 
 Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".



 


betul la tuh.. hidup ibarat roda..
nak ingatkan manusia yang hidup kita nie..
boleh berubah dalam sekelip mata je..
so.. jangan eksyen sangat la..hihi.. :P

yang kaya boleh jadi miskin...
yang miskin boleh jadi kaya.. *msuk moneydrop..haha..
sebab itu penting nya kesedaran diri.. :)
mentang2 kita orang kaya.. jangan duk hina orang miskin..
manalah tahu satu hari nanti..
ALLAH nak tunjuk kebesaranNYA..
kita plak jadi orang KAYAp..hahaha.. :P








lebih mulianya seorang penjual nasi lemak berbanding pemimpin si dungu.


Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "
Apabila engkau melihat orang yang tidak berterompah, tidak berpakaian (orang yang miskin), yang tuli,bisu dan buta menjadi penguasa dibumi, maka itulah tanda-tanda kiamat." (Hadis Riwayat Muslim)
 
Imam Nawawi yang mentafsirkan Hadis ini meyatakan bahawa yang dimaksukan dengan orang yang tidak berterompah, tidak berpakaian (orang miskin) dijadikan pemimpin itu ialah orang yang miskin ilmunya dan miskin akhlaknya.

Miskin didalam hadis ini bukanlah bermaksud miskin dari segi wang ringgit dan harta tetapi miskin disini lebih bersifat tersirat yakni bermaksud miskin jiwa.

Bisu, tuli dan buta didalam hadis ini pula sama maksudnya dengan Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat ke 18 iaitu : Bisu, tuli dan buta. Maka mereka itu tidak akan kembali lagi ke jalan kebenaran ( sesat).

Maka yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis ini adalah manusia yang sesat itu dijadikan pemimpin (antara tanda kiamat). Mereka tidak menggunakan panca indera mereka untuk menilai dan menerima kebenaran seolah-olah pancaindera yang dikurniakan kepada mereka tersebut telah hilang dan tidak ada gunanya lagi.


Musibah kehadiran pemimpin-pemimpin daripada golongan yang dungu ini akan semakin bermaharajalela pada masa-masa terakhir usia dunia ini dan akan dihilangkanlah oleh mereka ini amanah (amanah rakyat) kerana pekerjaan atau tugas-tugas kepimpinan tersebut telah diserahkan kepada orang yang tidak layak untuk memimpin manusia (rakyat jelata).

Sedangkan syarat-syarat untuk menjadi seorang pemimpin didalam Islam adalah seseorang tersebut perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemampuan dalam bidang Ilmu Syariah yang akan dapat menjadikan pemimpin tersebut berijtihad dan menggunakan kebijaksanaan fiqh dalam pentadbiran.
Selain itu seorang pemimpin juga disyaratkan untuk bersifat adil bukan bersifat fasik. Adil yang dimaksudkan disini bermaksud adil dalam semua aspek pemerintahan, tidak berdusta dan tidak memakan harta yang bukan merupakan haknya, tidak melakukan penyelewengan wang kerajaan dan tidak mengamalkan gaya hidup rasuah serta banyak lagi.



sori haaa.saya respek TGNA nih...hehe jangan marahhh


hidup saya kini persis bak si Cindarella menunggu si pemanggil kasut memuatkan kaki . bersyukur dengan nikmat yang di beri biarpun sedetik kala ini menjadi penghubung saya dengan Allah . hidup ini menjadikan saya kembali ke fitrah lama iaitu fitrah manusia yang mengucapkan syukur melalui lidah , hati dan perbuatan . seringkali mengusik perasaan melihat kebahagiaan orang lain tetapi dikurniakan keluarga yang bersederhana cukup mengajar saya erti kata sebenar sebuah kehidupan yang tidak kekal lama melainkan akhiratlah selamanya..


opsss! terlebih bercerita , maghrib dah 10 minit berlalu .. astaghfirullah..


wallahu'alam.
sekian ;
 ::sweeper masjid::

2 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t. Ermm.. nak tnye, blog ni mmg ta boleh na follow ke coz sye mmg ske bce post2 kmu. Bkn ape..tp if boleh follow senang sye nk tau prkmbangan blog ni, cm post2 terbaru. Kalau mmg ta boleh tape lha.Nnti rajen2 lha sye jenguk blog ni sndiri. Btw,gud job and all de bez for the next post. Lastly, I luv the way u write all the post in this blog. #Respect. Juz it.^^

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam wbt .. Allahurabbi , maaf baru reply . im not sure about that . jazakallah for read my entri . in shaa Allah saya akan cuba sampaikan apa yang termampu . keep smiling , sayang kamu! :)

    ReplyDelete